Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Wednesday, August 19, 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

11 comments
Salam bertemu lagi..

Hari ni (19 Ogos 2009) telah diadakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi seluruh guru-guru daerah Bentong..Jadi dikesempatan ni nak ucapkan tahniah kepada seluruh guru-guru daerah Bentong yang telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang khususnya kepada guru-guru Sk Sulaiman seramai 6 orang..

Jadi kita sebagai warga Sk Sulaiman amat berbangga dengan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh mereka..Semoga dengan adanya anugerah seperti ini ia dapat menaikkan semangat kita sebagai pendidik untuk lebih fokus dalam menyumbangkan tenaga kearah pendidikan negara.


Bermulanya Peperiksaan PKSR 3

3 comments
17 Ogos 2009..

Peperiksaan PKSR 3 kembali...Maka sibuklah cikgu-cikgu di Sk Sulaiman nie..Ada yang masih siapkan soalan..Ada yang duk staple soalan..Walauapapun..Peperiksaan tetap akan dijalankan..Bila tiba musim peperiksaan kita boleh tengok gelagat atau suasana kat sekolah..Tak kiralah cikgu atau murid..Pasa kebiasaannya murid akan diberitahu bila peperiksaan akan dijalankan..Bagi murid yang alert pada pengemuman itu mungkin mereka akan bersedia akan..Study..Study..dan study..Macam aku dulu la masa kat universiti..Duk ngadap buku jer..sampai hancur buku tu..Huhu...

Peperiksaan PKSR 3 ni berjalan selama 3 hari..(17-19 Ogos 2009). Kali ni aku dipertanggungjawabkan untuk membuat soalan JAWI tahun 1..Soalan tu kacang jer..Hehe..Harap2 mereka yang kelas kebelakang tu dapat jawab dengan baik...

Oklah...kat bawah ni ada la serba sedikit gelagat murid-murid yang sempat disnapkan..Hehe..Kamu semua tengok jerla eg..Nak komen pun bolehhh....



Monday, August 17, 2009

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan

1 comments
MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Tarikh:17 Ogos 2009(Isnin)

Tempat:
Tapak Perhimpunan Sk Sulaiman

Masa:

7.40- 8.10

Kringggggg..Loceng sekolah berbunyi..Kelihatan murid-murid tergesa-gesa ke tapak perhimpunan..Oh...terlupa plak...Hari ni hari Isnin..ada perhimpunan..Maklum la..Hari ni kan budak sekolah ada peperiksaan..So ingatkan tak ader perhimpunan..Hehe..Jadi macam biasa la perhimpunan dijalankan yang mana guru bertugas akan berucap sehinggalah ke giliran Guru Besar berucap..

Dan pada hari ini juga, Sk Sulaiman telah mengadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan. Maka hari ini juga tazkirah pun bertajuk" Sayangi Negara" yang telah disampaikan oleh Ustazah Norazreen (Guru j-QAF). Apabila sampai pada giliran Guru Besar, banyak nasihat yang telah disampaikan oleh Guru Besar dan memberitahu betapa payahnya kita berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu pada masa itu..

Setelah berucap, acara Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dilancarkan oleh Guru Besar Sk. Sulaiman iaitu En. Azor bin Yusof..Penyampaian sajak pula dideklemasikan oleh Adik Norasikin binti Azlan (murid tahun 5 Tiara). Selepas itu pula, semua murid dan guru menyanyikan 2 lagu patriotik iaitu "Keranamu Malaysia" dan " Jalur Gemilang".Nyanyian yang penuh bersemangat telah dinyanyikan oleh murid dan guru disamping mengibarkan Bendera Malaysia..



Sunday, August 16, 2009

Dokumentasi j-QAF Hampir Tiba..

1 comments
Salam semua..

Minggu lepas j-QAF Sk Sulaiman mengadakan mesyuarat tergempar. Yang mana agenda nya ialah untuk meyelaraskan tugas kepada setiap guru j-QAF. Setiap guru j-QAF hendaklah membuat laporan dalam bentuk Power Point.Selepas itu laporan itu akan di dokumentasi kepada Guru Besar.Jadi, Ustaz Aris Hazlan telah ditugaskan untuk mendokumentasikannya..Manakala guru-guru lain perlu menyiapkan tugas yang telah diberikan dengan secepat mungkin sebagaimana arahan daripada Guru Besar Sk Sulaiman..

Apa lagi..Dalam minggu ni saja kelihatan guru-guru j-QAF sibuk menyiapkan tugas yang diberikan..Ke hulur ke hilir mencari data2 untuk di update. Dalam kesibukan itu, maka saya pun snapla gambar secara spontan yang mana boleh untuk di dokumentasikan..Gambar tu ada kat bawah ni ha..Jenguk2 la eg..


Kelihatan Ustazah Haslina begitu tekun dan bersungguh mengajar murid-murid pemulihan jawi nie..Kemahiran menyebut dengan kaedah latih tubi memang merupakan kaedah yang popular digunakan dalam meningkatkan sebutan yang betul.


ABM yang sesuai dan mencukupi boleh meransang minat murid untuk belajar dengan lebih bersemangat.Alhamdulillah..j-QAF Sk Sulaiman sememangnya cukup dengan ABM yang telah dibekal oleh KPM dan ABM yang telah direka sendiri oleh guru j-QAF. Oleh itu, sekolah yang masih tidak dibekalkan ABM dari pihak KPM seharusnya mempunyai inisiatif untuk mereka ABM yang mana boleh menimbulkan minat murid untuk belajar jawi.

Permainan Boling juga merupakan satu permainan yang mana terdapat dalam Model Perlaksanaan j-QAF. Permainan ini amat digemari oleh murid.Ini adalah kerana disebalik permainan ini mereka boleh mengecam huruf dengan cepat, mereka perlu menyebut huruf mengikut Pin Boling yang telah dijatuhkan.Hehe.seronok gak main ni..Dah lama tak main Boling..Kat kampung dulu main Boling Buah Nyor jer .



Al-quran yang telah diberikan oleh pihak KPM memudahkan murid untuk menggunakan untuk Khatam Al-quran 6 Bulan dan Tasmik.Ini adalah sebahagian Al-quran yang telah diberikan oleh KPM. Semoga ia dapat digunakan dengan baik dan dijaga dengan rapi..





















Friday, August 14, 2009

Undang-Undang Seluruh Dunia Yang Perlu Kita Ketahui

1 comments
Pelik, pelik dan pelik..Kenapa la ada undang-undang yang pelik kat dunia nie..Leh tak kamu semua bagi pandangan masing-masing tentang fakta di bawah ni..


THAILAND :
* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :
* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :
* polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :
* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :
* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat “memprovokasi” rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :
* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :
* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :
* Dilarang menempel plester luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :
* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.ISRAEL :
* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA :-- ARIZONA :
* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.-

ALASKA :
* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.-

ARKANSAS :
* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.-

CALIFORNIA :
* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

COLORADO :
* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.-

CONNECTICUT
* Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.

FLORIDA :
* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

WASHINGTON :
* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA
* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang

Thursday, August 13, 2009

Asri Rabbani "Pergi Tak Kembali"

0 comments
Kuala Lumpur, 13 Ogos 2009

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.
Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital berkenaan.

Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital swasta itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.

Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambah anggota Rabbani itu. Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.


Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa Bukit Lancong dekat Shah Alam selepas ini. Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi.Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota. Beliau sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.Selain Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.

Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nada Murni.


Semalam saya baru baca nasihat Ustaz Asri di akhbar :
Ustaz Asri juga menjelaskan sebagai seorang yang beragama Islam, tidak kira seseorang itu selebriti atau tidak, kita haruslah sentiasa berpegang kembali kepada ajaran Allah s.w.t.

Dalam kehidupan kita, biar apapun terjadi yang penting kita harus berpegang teguh pada ajaran agama kita. Jika ada masalah, kita harus selesaikan mengikut ajaran agama kita.

“Ini saya lihat kebanyakan mereka selesaikan masalah mengikut nafsu, ikut cara syaitan. Kita banyak dengar kes artis kahwin dan cerai, kita kena tengok pada diri kita juga samaada kita rajin sembahyang atau tidak.

“Kalau kita rajin sembahyang, Insya-Allah semua masalah dalam rumah tangga dapat diselesaikan. Kita jangan terlalu ikutkan nafsu, yang paling penting kita harus kembali kepada Allah s.w.t,” jelasnya lagi.

Hati-hati - Doa hindar H1N1 yg sesat

3 comments




Soalan:
Assalamualaikum Ustaz,

Dalam kerisauan penularan wabak pandemik H1N1 yang melanda Malaysia dan seluruh dunia mutakhir ini, banyak email yang saya dapat berkenaan doa-doa yang boleh diamalkan untuk menghindarinya. Salah satunya termasuklah seperti yang saya lampirkan.

Mohon pendapat ustaz berkenaan doa tersebut. Adakah boleh kita mengamalkannya? Ada yang menganggap ianya dari syiah. Mohon penjelasan.

Terima kasih,

Syukor,Kuala Lumpur


Jawapan:
Waalaikumsalam...

Selepas meneliti kandungan risalah yg dilampirkan, saya dapati ada banyak keraguan dari sudut kenyataan, kandungan dan matan doa itu sendiri.

Antaranya adalah seperti berikut :

1. Status Syeikh Ibnu Ahmad At-Tamimi Al-Malizi yang dikatakan Murshid. Tidak pernah saya terbaca dalam mana-mana kitab himpunan ulama'-ulama' tanahair ada ulama yang dikenali dengan nama tersebut.

2. Di bawah risalah tersebut dinyatakan, disediakan oleh ustaz Thalut @ Muhammad Adeeb Sakiran, Bahagaian Dakwah Bebas JAIS, kategori D1, D2 & D3, beserta no rujukan fail dan no HP.

Untuk pengetahuan tuan, ada banyak keraguan di sini :

i. Tidak wujud pegawai dengan nama tersebut bertugas di Bahagian Dakwah JAIS.

ii. Tidak wujud yang dinamakan "Bahagian Dakwah Bebas" JAIS

iii. D1, D2, & D3.. setahu saya ia adalah kod bagi kategori kad tauliah mengajar. Jadi, apa kaitan dengan bahagian dakwah JAIS yang dinyatakan.

iv. No HP yang tertera telah cuba dihubungi, tapi tidak diangkat.

3. Matan doa yang di tulis juga mempunyai banyak keraguan.

i. Dari sudut maknanya, ia seolah-olah bukan doa yang dipohon kepada Allah, tetapi tawassul yang dipohon kepada manusia. Ulama bersepakat bahawa haram bertawassul dengan memohon kepada makhluk. Yang dibolehkan adalah tawassul dengan kemuliaan dan keberkatan orang soleh dan hajat tetap dipohon kepada Allah.

ii. Doa tersebut jelas tidak mengandungi perkataan dalam bentuk apa-apa doa, permintaan hajat kepada Allah. Hanya sekadar tawassul kepada 5 orang yg disebutkan dalam matan ayat tersebut.

4. Saya mengandaikan, ini adalah surat berantai yang disebarkan oleh individu tertentu dan tidak mempunyai apa-apa sandaran nas juga tidak warid (bersambung) dari Rasulullah SAW.

Oleh itu, abaikan sahaja dan wajib kita hindari apa2 amalan yg tiada sandaran nas daripada al-Quran dan al-hadith.Sekian.Wallahu a'lam bis sowab.

Ustaz Mohd Farid Mohd Zainal
Naib Ketua Pemuda DPPK Kapar
http://syababkapar.blogspot.com
Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template