Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Wednesday, September 23, 2009

APA JADI UMAT ISLAM AKAN DATANG

7 comments
Hari ini, saya berkesempatan berkunjung ke sebuah Pejabat Pendaftaran Negara untuk suatu urusan. Sambil-sambil berurusan itu, saya berbual dengan pegawai berkenaan. Beliau melahirkan rasa bimbang dengan angka murtad dan gejala sosial yang kian meningkat.

Sememangnya warga 'pendaftaran'lah yang paling wajar bimbang isu ini kerana mereka memiliki angka-angka rasmi sebenar.

Saya cuba mengorek supaya lebih jelas, "Akak, kalau anak yang 'tak ada ayah' macam mana didaftarkan? Ruangan 'bapa' tu kosong je ke?"

"Itulah isu besarnya sekarang ni ustaz. Kami kena isi balik!" Jawab kedua-dua pegawai perempuan itu hampir serentak.

Saya tanya, "Apa yang kena isi?"

"Si tukangnya la..." Jawab mereka. "Ustaz bayangkanlah apa akan jadi suatu waktu nanti. Bila anak tu dah besar, nak kawin, ayah ini akan walikan pernikahannya. Dia tak layak. Maka nikahnya tak sah. Bila tak sah apa akan jadi?" Soal salah seorang daripadanya.

Saya cuba menyelidik, "Kenapa pula kerajaan buat peraturan macam tu pulak?"

"Ala ustaz, one malaysia," jawabnya.

Yang seorang lagi tambah, "Ini yang sedihnya ustaz, bila mahkamah syariah duduk di bawah, dan undang-undang sivil duduk atas."

Oleh kerana tak ada pelanggan lain, maka saya duduk lama di situ untuk bertanya masalah masyarakat.... Dan jawapannya, amat menggerunkan untuk saya paparkan di sini.

Allahummarham ummati....



Saturday, September 19, 2009

Syawal Bukan Puncak Pesta Makanan

4 comments
Ramadhan hampir melabuhkan tirainya. Fajar Syawal akan menyingsing menandakan bermulanya detik yang dinantikan oleh semua kaum Muslimin setelah berpuasa selama sebulan. Namun, benarkah jihad berpuasa itu benar- benar terkesan dalam sanubari setiap insan? Atau sekadar menjadi momokan yang sering diperkatakan namun ia tidak seperti yang dilaksanakan? Ramadhan merupakan tarbiyyah untuk setiap Muslim yang melaluinya kerana natijah terakhir daripada Ramadhan ialah taqwa sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al Baqarah ayat 183.

Renungkanlah kembali sama ada Ramadhan kali ini membuahkan hasil yang baik atau sebaliknya. Muhasabahlah agar dapat mencari di mana kekurangan kita sebagai hambaNya yang lemah. Andaikata Ramadhan bulan mendidik kita menjadi seorang yang penyabar, berjimat cermat, beradab baik dan pelbagai lagi sifat mahmudah, fikir dan soroti kembali dengan kehidupan nyata yang telah dilalui selama sebulan ini. Bukankah di sana sini berlaku pembaziran yang tidak diingini dalam masa kita semua menghadapi kekangan ekonomi? Cuba lihat di pasar- pasar Ramadhan, seolah- olah pesta makanan bermula apabila berlangsungnya Ramadhan dan ia berterusan sehingga penghujung bulan Syawal. Pelbagai juadah dan aneka kuih muih terhidang kadangkala tidak sehebat sebelum Ramadhan tetapi melonjak kehebatannya di bulan puasa dan semasa Aidilfitri. Sedar atau tidak, bahawa itu semua merupakan kunci kepada pembaziran dan pelbagai masalah buruk yang lain.

Kalau kita lihat, bukan setakat Ramadhan sahaja seperti pesta makanan tetapi apabila menjelang Syawal seolah- olah ia menjadi puncak pesta makanan kerana pelbagai juadah yang dihidangkan membangkitkan selera dan citarasa setiap orang. Seolah- olah roh Ramadhan itu tidak cukup mengesankan hati kita agar bersederhana dalam apa jua tindakan dan amalan. Kita tidak mampu mengekalkan tarbiyyah yang diterapkan dalam bulan Ramadhan untuk bulan- bulan yang seterusnya. Malah terus diganggu gugat oleh hawa nafsu yang tidak pernah berkesudahan. Aidilfitri dijadikan medan untuk membalas dendam kerana selama sebulan berlapar dan dahaga.

Di segenap rumah pasti tidak ketinggalan untuk mengadakan rumah terbuka sepanjang Syawal dengan menjemput sanak saudara dan rakan taulan. Amalan ini mampu mengeratkan ukhuwah sesama muslim kerana masing- masing sibuk dengan urusan seharian. Tetapi dengan adanya amalan ini ibarat menautkan kembali tali persaudaraan yang terungkai. Namun, satu perkara yang mungkin masyarakat kita terlepas pandang ialah penjagaan kesihatan. Penjagaan kesihatan seringkali diabaikan tatkala masyarakat kita terlalu sibuk dengan persiapan hari raya termasuk kesibukan kita dalam memenuhi undangan rumah terbuka. Kadangkala, kita seolah- olah melupakan isi kandungan pengajaran yang boleh diambil daripada Ramadhan adalah mengawal nafsu termasuk dalam hal yang berkaitan makanan dan minuman. Malah, sesetengah daripada kita menjadikan juadah yang terhidang di depan mata sebagai suatu santapan untuk memenuhkan hawa nafsu yang dikekang selama sebulan dengan mengambil semua jenis makanan yang terhidang yang tidak dapat diambil semasa bulan puasa. Kita lupa bahawa penjagaan kesihatan itu penting untuk kehidupan yang baik. Adakah ini semangat Syawal yang kita tuai setelah ia disemai sepanjang bulan Ramadhan yang mulia?

Undangan rumah terbuka semestinya rancak sepanjang bulan Syawal terutama bagi yang tinggal di kawasan bandar dan ibu kota. Juadah yang disajikan sudah pasti menggoda dan meruntun nafsu. Kita boleh makan tetapi biarlah dalam pengambilan yang terkawal. Selaras dengan tuntuan agama agar bersederhana, menurut pendekatan sains juga pengambilan makanan tidak dibenarkan berlebih- lebihan kerana dikhuatiri akan menimbulkan kesan kepada kesihatan.Pengambilan hidangan di hari lebaran yang mengandungi kadar lemak dan gula yang tinggi akan mendedahkan tubuh kepada pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, penyakit kencing manis, penyempitan pembuluh darah, penyakit jantung dan sebagainya. Lemak yang berlebihan akibat makan terlalu banyak sukar untuk ditukarkan menjadi gula dalam darah. Oleh itu, makan berlebihan akan membuatkan seseorang itu menjadi lemah dan malas. Lemak dan karbohidrat yang berlebihan akan membawa bahaya kepada kesihatan.

Satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh ialah kesan penambahan berat badan akibat pemilihan makanan yang tidak betul dan pengambilan makanan yang berlebihan. Barangkali ramai yang menguntum senyum apabila berjaya menurunkan berat badan semasa bulan Ramadhan. Ia merupakan satu perubahan yang dilalui oleh sesiapa sahaja yang ingin menukar bentuk dan penampilan kerana mampu menahan selera makan selama sebulan. Namun, usaha tersebut hanya sia- sia apabila tiba bulan Syawal dan seterusnya, kita tidak mampu menolak segala jenis hidangan yang tersedia. Seharusnya, kita boleh jadikannya sebagai satu langkah permulaan untuk pengekalan kesihatan yang berterusan. Harus diingatkan bahawa bentuk tubuh bukan hanya menggambarkan secara zahir tetapi juga ia melambangkan tahap kesihatan yang dimiliki seseorang. Ini kerana bagi yang berlebihan berat badan, keadaan ini akan mengundang lebih banyak penyakit yang tidak pasti.


Dalam keghairahan menyambut Aidilfitri, pelbagai persiapan disediakan termasuk juadah Aidilfitri mahupun untuk rumah terbuka, namun janganlah sesekali kita mengabaikan soal kepentingan keselamatan makanan. Walaupun ramai yang beranggapan bahawa hari raya seperti puncak pesta makanan, namun ia bukanlah puncak segala- galanya seandainya selepas menikmati pelbagai juadah hari raya, ramai yang terpaksa dimasukkan hospital dan menanggung ketidakselesaan kerana timbul gejala cirit-birit, sakit perut kerana makan keterlaluan ataupun keracunan makanan. Inilah akibat jika kita tersalah pilih makanan, memandang ringan soal keselamatan makanan dan makan secara berlebihan sebagai alasan melepaskan dan membalas dendam. Akibatnya, perut menjadi sasaran kerana selama sebulan saluran penghadaman dalam keadaan selesa dan berehat tanpa melakukan aktiviti pencernaan yang berat. Jika hal ini berlaku, ia akan menjejaskan kemeriahan kita menyambut hari raya. Oleh itu, seharusnya kita bersyukur dengan didikan Ramadhan yang mengajar kita supaya bersederhana dalam semua perkara termasuk hal makan dan minum, dan semestinya kita mengamalkan apa yang telah sabda Nabi SAW " Kami adalah suatu kaum yang tidak makan sebelum kami lapar dan sekiranya kami makan tidak pula sampai kenyang".

Justeru, semangat Ramadhan yang telah kita harungi selama sebulan perlu diteruskan sehingga bulan Syawal dan bulan- bulan seterusnya agar menjadi penjana yang berterusan untuk kesihatan jasmani dan rohani. Semoga Syawal yang kita akan lalui membawa pengertian yang mendalam ke atas jiwa setiap insan bahawa ia bukanlah syarat pembuka selera yang tiada sempadan bagi orang- orang yang telah berjaya menamatkan ujian pada bulan Ramadhan.

Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia

Sunday, September 13, 2009

MASJID NABI IBRAHIM BERMANDI DARAH

11 comments
Oleh: Ustaz Aris Hazlan 16 tahun telah berlalu... Namun masih segar dalam ingatan. Pagi 16 Ramadhan 1414H (26 Februari 1994), seorang pensyarah saya berbangsa Palestin menunjukkan kepada saya sehelai surat yang baru diterima menerusi faks dari Palestin. Tercatat padanya, "Hampir 400 orang ditembak di dalam Masjid Nabi Ibrahim di Bandar Al Khalil (Hebron), Palestin ketika mereka sedang menunaikan solat fardhu Subuh...."


Berderau darah saya mendengar berita berkenaan. Kejadian itu sudah lama. Namun setiap kali datang Ramadhan, saya pasti mengingatinya.

Seorang warga Amerika berbangsa Yahudi, Baruch Kappel Goldstein bertanggung-jawab melepaskan tembakan yang disasarkan kepada ratusan umat Islam yang sedang solat di dalam masjid berkenaan. 29 daripada 350 orang yang terkena tembakannya gugur syahid.


Untuk mengetahui kisah selanjutnya, sila klik butang di bawah:

Berbuka Puasa di Masjid Kian Hambar

8 comments
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Dewasa kini dengan kemewahan rezeki yang melimpah ruah, ramai umat Islam lebih suka berbuka puasa di rumah , direstoran, diwarung tepi jalan atau di hotel berbanding dengan di masjid. Kalau yang datang kemasjid pun walaupun tidak semua tetapi semata-mata memenuhi undangan moreh. Dimanakah perasaan umat Islam ingin memakmurkan masjid?

Apakah makanan di masjid tidak selazat atau sesedap rasa dengan hidangan dihotel yang buffet berbuka puasanya pun ada yang melebihi RM 100.00 !! Dengan wang sebanyak itu boleh mengisi makanan untuk sekurang-kurangnya 10 orang anak yatim dirumah anak yatim atau orang tua di rumah kebajikan masyarakat dengan anggaran seorang berbelanja sebanyak RM 10.00 Sampai terasa lari dengan konsep ibadah berpuasa yang antara matlamatnya ialah menghayati penderitaan insan yang fakir dan miskin! Juga menghayati penderitaan umat Islam di Palestin dan di Iraq dan yang terbaru di Kashmir! Kerana dengan adanya penghayatan ini, barulah terasa hebatnya ibadah berpuasa. Kearah melahirkan keinsafan dan kesyukuran pada Illahi akan nikmat yang dikurniakanNya kepada hambaNya di muka bumi ini! Juga kearah rasa kehambaan pada Illahi. Sebab itu digalakkan berbuka puasa di masjid. Yang makanan utamanya ialah memakan buah kurma dan seteguk air kosong.Mengikut sunnah nabi.Dan bagi yang mampu sekadar menambah kuih muih dan sedikit air manisan sebagai penyedap makanan. Dan selepas berbuka puasa barulah digalakkan sembahyang berjemaah solat maghrib.


Jadi mendapat kebaikan berbuka puasa dan bersolat jemaah serta beriktikaf dimasjid sementara menunggu waktu berbuka puasa.Dan selepas makan antara 2 hingga 3 minit diteruskan bersolat maghrib secara berjemaah. Dan selepas solat barulah diteruskan tambahan makanan sekadar yang perlu sahaja.

Tetapi keadaan ini berlainan dengan umat Islam pada akhir zaman terutama di Malaysia. Ramai yang lebih suka berbuka puasa di restoran, warung-warung tepi jalan dan bagi yang mampu lebih gemar buffet berbuka puasa di hotel yang menawarkan lebih dari 100 hidangan makanan. Tidak kurang juga yang berbuka puasa di Kenny Roger atau KFC atau Mc Donald yang belanjanya melebihi dari kemampuan rakyat kelas bawahan! Sudah tentu mereka akan makan dengan sekenyang-kenyangnya bagi memenuhi hawa nafsu perut yang berlapar pada siang hari. Masa untuk menghabiskan makanan biasanya antara 20 hingga 30 minit. Lepas itu baru nak bersolat apatah lagi yang makan direstoran atau warung tepi jalan memerlukan masa tambahan 10 minit untuk mencari tempat beribadah. Cuba bayangkan dalam keadaan kekenyangan dan hampir lewat bersolat , masih ada lagikah rasa kekusyukan dan kelazatan berpuasa dan bersolat pada Maha Pencipta?


Ingatlah rezeki yang Allah beri bila-bila masa pun boleh ditarik balik. Kalau hidup di dunia ini setakat nak memuaskan hawa nafsu samada dari segi hubungan kelamin atau makanan, samalah kita dengan makhluk binatang! Sebab itu dari makanan, berbagai-bagai penyakit pun datang! Sebab kurangnya rasa bersyukur pada Tuhan! Kalau kita tahu bersyukur pengisian dalam perut kita hanya sekadar 1/3 makanan, 1/3 minuman dan yang selebihnya untuk keperluan bernafas!

Sama-samalah kita renungkan bagaimanakah amalan pemakanan kita ke arah melahirkan insan yang bertaqwa atau termesong kepada penyamaan gaya hidup kita dengan binatang?

Tepuk dada tanya iman!

Sumber: http://www.al-azim.com/

Thursday, September 10, 2009

Pandangan Terhadap Mercun

8 comments
Akta Bahan Letupan 1957. Seksyen 4 (2) memperuntukkan undang-undang sesiapa yang bersalah mengilang, memiliki dan mengimport mercun atau bunga api, boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Dari pandangan Islam pula saya kira amat mudah untuk diketahui hukumnya. Semua perkara yang membawa mudarat kepada diri dan orang lain adalah diharamkan di dalam Islam.Secara ringkas, antara sebab yang menjatuhkan bermain mercun dalam kategori haram adalah :-

1) Mudarat Kepada Diri


2) Mudarat Orang Lain

Ia seringkali mengganggu masyarakat awam sekeliling dengan kebisingan bunyinya selain bahaya letupannya. Jelas ia termasuk dalam perkara yang diharamkan. Tahap pengharamannya lebih dahsyat apabila ia dimainkan di tepi-tepi surau dan masjid tatkala ahli jemaah sedang menunaikan solat. Demikian juga apabila ia ditujukan ke arah rumah dan individu tertentu dengan niat ingin berseronok-seronok. Saya boleh menggangap ia terdapat persamaan dengan cubaan membunuh, kerana bakaran api itu boleh menyebabkan sebuah rumah terbakar atau seseorang kanak-kanak atau bayi hilang nyawanya.

Nabi s.a.w bersabda :

من ضَارَّ أَضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله عليه

Ertinya : Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudartkan dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyuasahkannya pula" (Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)

Saya masih ingat kisah yang disiar oleh akbar tahun lepas, bagaimana mercun masuk dalam buaian seorang bayi.

Baca juga kisah ini "Dalam pada itu, ibu Mohd. Syafiq, Saripah Ali, 43, berkata, anaknya sedang mengangkat kain di kawasan jemuran asrama kira-kira pukul 6 petang apabila sebiji mercun bola dilemparkan ke arahnya. ‘‘Mercun yang dilempar ke arahnya terkena di bahagian bawah mata kiri menyebabkan matanya cedera," katanya".

3) Pembaziran

Ia dikira satu pembaziran juga kerana wang yang digunakan dikira dibakar begitu sahaja untuk menikmati letupan yang tiada tentu arahnya. Allah s.w.t mengurniakan kita harta untuk dibelajkan sebaiknya dan bukan untuk mengikut hawa nafsu atas alasan kemeriahan lalu membeli pelbagai jenis mercun. Islam inginkan kita menjadi orang yang mampu mengurus kewangan dengan bijak di bulan Ramadhan. Malah inginkan kita memperbanyakkan sedeqah terutama di akhir Ramadhan. Bukannya membeli mercun yang haram hukumnya. Saya kira, tidak perlu dihurai panjang isu ini disebabkan kejelasannya. Sebagai kesimpulan, ibu bapa yang membelikan mercun ini tidak terlepas dari dosa pada pandangan Islam. Mereka sepatutnya bersifat tegas dalam hal ini melarang sebarang penglibatan anak-anaknya terutamanya jika mereka terjebak dalam membuat mercun sendiri seperti mercun buluh dan lain-lain.


Sumber: Zaharuddin Abdul Rahman

Monday, September 7, 2009

'USTAZ j-QAF' ANTARA 12 KHATTAT TERBAIK NEGARA

16 comments

Oleh: Ustaz Aris Hazlan

Saya mengenali beliau ketika sama-sama berulang ke maktab (IPTAA) Kuala Lipis Januari 2005 lalu. Berwajah bulat nangka, 'kaler' hitam manis, sentiasa tersenyum biarpun baru kena palu dengan isteri. Dia sangat hormati wanita. Di kelas, tak banyak cakap, hanya 'terkernyeh' sepanjang hari. Tapi bila balik asrama, macam-macam cerita keluar dari mulut.


Itulah watak Juara Pertandingan Khat Zon Timur menerusi rancangan Marhaban di Astro, Ustaz Khairul Araifin dari SK Abu Bakar, Mentakab.


Manja dengan nama Kerul, beliau bukan berbakat dalam bidang khat sejak dilahirkan. Tetapi mula mengasah bakat dalam kelas di maktab. Terutama masa pensyarah yang slow motion atau waktu rakan lain sedang dibuai mimpi indah dalam kelas.

Berbekalkan marker pen Artline 90-nya dia menconteng, melakar dan menulis nama rakan-rakan dengan khat thuluth yang direka-bentuk seperti kubah, bunga, bulatan dan sebagainya.


Tertarik dengan keindahan khatnya, maka 'banat-banat' pun pakat suruh beliau tulis nama mereka untuk diabadikan dalam simpanan mereka. (Ini satu-satunya rahsia beliau yang saya belum dedah kepada isterinya... :).


29hb Ogos lalu, beliau menyertai pertandingan Khat anjuran Astro Oasis di Kuantan Mega Mall. Tanpa berbekal sebarang sijil mahupun diploma dalam bidang khat, beliau menggondol gelaran juara apabila menewaskan semua peserta dari neger-negeri Pantai Timur.


Kejayaan di Kuantan mengheretnya ke pertandingan peringkat pusat yang diadakan di Shah Alam 6hb Sept lalu. Di sana, beliau terpaksa berentap dengan juara-juara dari Zon Utara yang telah mengadakan pertandingan mereka pada 22 Ogos di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang, Zon Selatan (15 Ogos – Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor) dan Zon Barat (5 September – Jusco, Bukit Tinggi, Klang, Selangor).


Pagi 5 Sept, sebelum berangkat ke Shah Alam, beliau sempat mengunjungi rumah bapa saya di Jengka dengan membawa dua batang paku resam (alat tulis khat). Barangkali mohon doa dan restu kami...


Petang besoknya, dalam perjalanan saya pulang dari pasar Ramadhan Bandar Jengka, saya menghubungi beliau bertanyakan keputusan pertandingan. Beliau dengan rendah hati menjawab, "Saguhati je ustaz. Dapat RM200." Saya kurang yakin dengan jawapannya. Saya tanya, "Bukan RM200. Anta dapat gi umrah tak?" Beliau jawab dengan bersungguh, "Tak dapat ustaz. Semua hebat-hebat."

Ternyata Ustaz Kerul hanya dapat hadiah saguhati. Nombornya tak tahu. Sebab dari 12 peserta, hanya seorang sahaja dikira sebagai pemenang yang dapat hadiah umrah. 11 orang lagi diberi hadiah saguhati.


Apapun, saya tetap berbangga dengan Ustaz Kerul. Dia termasuk 12 khattat (
الخطاط) terbaik seluruh Malaysia!



Ini adalah antara hasil karya tangan Ustaz Kerul. Untuk mengetahui teknik penulisan khat beliau, sila kunjungi http://khair-arzaaq.blogspot.com/

Sunday, September 6, 2009

Sudah Bersediakah KITA?

14 comments
Rakan2 Blogger yang Baik Hati..Jgn Lupa Komen Tau


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w
telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari
kiamat." Baginda menyebutkan salah 1
diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...


2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang
seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada
zaman mereka inilah
kiamat akan datang." - Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh,
rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya
kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini
terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah
bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi²
wanita" - Ibnu Majah

~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia,
Anugerah²...

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah
manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" -
Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan
hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal
malu...

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah
mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka
bumi, maka tiada yang tinggal
padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang
tidak mengetahui yang makruf dan tidak
mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah
dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang
yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik
ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh
2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara
tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada
orang lain kecuali yang
dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara
anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian²
wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang".

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
menggelembung
(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2
besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah
kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu
jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

~ try baca akhbar2 & majalah² yg popular skarang nie...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya
hari kiamat akan banyak kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -
Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga
negeri Arab kembali menjadi padang rumput &
sungai²" - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...


Pernahkah kita tahu apa kejayaan Yahudi..
Mungkin ada yang tahu..Mungkin ada yang tak tahu..
Kalau mahu tahu..Clik Sini
Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template