Salam.. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Zakiyamani yang telah dapat menimang anak sulungnya yang pertama iaitu Qistina Balqis.. Kami dari warga Sk Sulaiman menumpang gembira di atas kelahiran anak sulungnya setelah 8 tahun berkahwin..Cikgu Zakiyamani merupakan seorang guru yang bertugas di SK Sulaiman, Bentong (sekolah kami la tu...hehe) Untuk baca kisah seterusnya ada dibawah ini:KUANTAN 1 Okt. - Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) akan mengadakan kerjasama dengan Pusat Fertiliti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam usaha menggalakkan kadar kelahiran di negara ini.
Pengasas TAFF, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar bertitah, kerjasama itu bertujuan memberi harapan kepada pasangan suami isteri di negara ini yang telah lama berkahwin tetapi belum mempunyai anak.
"Diharap kerjasama itu akan membantu pasangan yang telah berkahwin tetapi belum mempunyai anak dan menggalakkan kadar kelahiran melalui kaedah moden," titah baginda kepada pemberita di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.
Baginda bertitah demikian selepas mengadakan lawatan ke atas pasangan penjawat awam Mohd. Zakiyamani Rasli, 34, dan isterinya, Marina Yusof, 34, di HTAA yang baru menimang cahaya mata melalui program kesuburan anjuran TAFF.
Pasangan tersebut yang telah berkahwin lapan tahun lalu, menimang anak sulung mereka, Qistina Balkis seberat 2.6 kilogram melalui pembedahan pada 29 September lalu selepas mengikuti program persenyawaan luar rahim.
Mengulas lanjut, Tunku Azizah bertitah, sejak penubuhan TAFF lima tahun lalu, yayasan itu berjaya membantu 57 pasangan melalui 57 kelahiran bayi melalui kaedah persenyawaan luar rahim.
"Kita masih mempunyai 16 pasangan yang menunggu giliran (untuk rawatan) dan menerima lebih 6,000 permohonan di kalangan pasangan tidak mempunyai anak di seluruh negara.
"Sehingga kini juga TAFF berjaya mengumpul dana RM1.2 juta melalui sumbangan pelbagai pihak. Amat diharapkan kerjasama UIAM dengan TAFF akan melicinkan usaha membantu pasangan seperti ini pada masa hadapan," titah baginda.

P/s: Nanti tak leh konvoi la Cikgu Zaki nak jaga baby baru..Huhu