Seawal jam 8.30 pagi tadi, SK Sulaiman dikunjungi dua orang pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk 'memantau' perjalanan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Dengan diringi Guru Besar, kedua-dua pegawai berkenaan, Tuan Haji Kamaruzaman Haji Ismail dan Encik Razali Umor dibawa melawat PSS.
Mereka turut mengnjungi beberapa pos lain yang ada kaitan dengan teknologi pendidikan. Ketika mengunjungi Bilik j-QAF, pegawai berkenaan memberi salam. Hanaya ada Ustaz Aris seorang sahaja di situ. "Waalaikumussalam," beliau menjawab.
Beliau bingkas bangun dari kerusinya untuk menyambut kunjungan pegawai berkenaan. Sebaik sahaja melihat pegawai itu, ustaz terus menyapa, "Cikgi Razali kah ini?" Dengan dahi berkerut, pegawai itu menjawab ringkas, "Ya."

Dalam keadaan terpinga-pinga itu, beliau terus melihat tanda nama Ustaz Aris. Sebaik membaca namanya, beliau segera teringat nostalgia 25 tahun lalu. "Ooh, awak! Dari Jengka 16 ye. Dah lama awak bertugas di sini...." Mereka pun berbual panjang.
Rupa-rupanya Ustaz Aris pernah menjadi anak murid kepada En Razali ketika bersekolah di SK LKTP Jengka 16 bermula tahun 1979. Kali terakhir mereka bertemu ialah pada tahun 1984. Apabila naik ke sekolah menengah, Ustaz Aris tidak pernah bertemu lagi dengan gurunya itu. Inilah kali pertama mereka dipertemukan selepas 25 tahun berpisah.
Kuasa Allah mengatasi segalanya. Manusia merancang, Allah juga merancang. Namun perancangan Allahlah yang terbaik....

(Gambar akan diposting kemudian. Ada sedikit masalah teknikal)
2 comments:
salam
memang gembira rasanya bila dapat bertemu semula bekas guru kita, lebih2 lagi yg dah lama tak pernah berjumpa...tapi yg tak seronok nya bile cikgu bertemu dgn bekas murid, murid tu dah tak kenal dgn bekas guru nye, padahal cikgu tu masih kenal lagi dgn bekas anak murid nye..sedeh wooo..huhu..
Loved reaading this thank you
Post a Comment