Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Sunday, October 4, 2009

Tahniah Cikgu Zaki...


Salam.. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Zakiyamani yang telah dapat menimang anak sulungnya yang pertama iaitu Qistina Balqis.. Kami dari warga Sk Sulaiman menumpang gembira di atas kelahiran anak sulungnya setelah 8 tahun berkahwin..Cikgu Zakiyamani merupakan seorang guru yang bertugas di SK Sulaiman, Bentong (sekolah kami la tu...hehe)

Untuk baca kisah seterusnya ada dibawah ini:

KUANTAN 1 Okt. - Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) akan mengadakan kerjasama dengan Pusat Fertiliti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam usaha menggalakkan kadar kelahiran di negara ini.

Pengasas TAFF, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar bertitah, kerjasama itu bertujuan memberi harapan kepada pasangan suami isteri di negara ini yang telah lama berkahwin tetapi belum mempunyai anak.

"Diharap kerjasama itu akan membantu pasangan yang telah berkahwin tetapi belum mempunyai anak dan menggalakkan kadar kelahiran melalui kaedah moden," titah baginda kepada pemberita di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.

Baginda bertitah demikian selepas mengadakan lawatan ke atas pasangan penjawat awam Mohd. Zakiyamani Rasli, 34, dan isterinya, Marina Yusof, 34, di HTAA yang baru menimang cahaya mata melalui program kesuburan anjuran TAFF.

Pasangan tersebut yang telah berkahwin lapan tahun lalu, menimang anak sulung mereka, Qistina Balkis seberat 2.6 kilogram melalui pembedahan pada 29 September lalu selepas mengikuti program persenyawaan luar rahim.

Mengulas lanjut, Tunku Azizah bertitah, sejak penubuhan TAFF lima tahun lalu, yayasan itu berjaya membantu 57 pasangan melalui 57 kelahiran bayi melalui kaedah persenyawaan luar rahim.

"Kita masih mempunyai 16 pasangan yang menunggu giliran (untuk rawatan) dan menerima lebih 6,000 permohonan di kalangan pasangan tidak mempunyai anak di seluruh negara.

"Sehingga kini juga TAFF berjaya mengumpul dana RM1.2 juta melalui sumbangan pelbagai pihak. Amat diharapkan kerjasama UIAM dengan TAFF akan melicinkan usaha membantu pasangan seperti ini pada masa hadapan," titah baginda.




P/s: Nanti tak leh konvoi la Cikgu Zaki nak jaga baby baru..Huhu

21 comments:

tice on October 4, 2009 at 6:29 AM said...

ALHAMDULILLAH...Jutaan kesyukuran dipanjatkan kepada ALLAH SWT kerana telah mengurniakan cahayamata kepada Cikgu Zaki dan pasangan...Semoga pasangan yang lain yang masih dlm waiting list akan ALLAH kurniakan cahayamata idaman dalam masa terdekat walaupun tanpa menjalani kaedah MODEN ini..makna kata dikurniakan cahayamata secara natural..

Pengurniaan cahayamata oleh ALLAH kepada pasangan suami isteri itu samada dengan kadar lambat atau cepat ada hikmahs disebaliknya..Seseorang itu diuji berdasarkan tahap kemampuan penerimaan ujians..seseorang itu.

Semoga kehidupan Cikgu Zaki and wife akan bertambah ceria dan bahagia lagi dengan kehadiran cahayamata ini..SemogaAllah kurniakan kesihatan yg baik kepadanye..InsyaAllah

Muhd Suhaily on October 4, 2009 at 7:01 AM said...

Salam, Tahniah diatas kelahiran anak yg pertama. Perhubungan antara suami isteri pasti akan lebih ceria dgn kehadiran cahaya mata ini. Umpama kesempurnaan baru wujud dengan bahtera perubahaan dlm kehidupan yang pasti banyak manisnya serta cabaran baru yg perlu diharungi bersama.
Terimakasih.

TWF ◕‿◕ on October 4, 2009 at 10:49 AM said...

tahniah cikgu zaki...
smoga bahagia hingga ke akhir hayat..
anyway,nme baby 2 sme ngan name sy..
balqis..huhu..^_^

cikgu haslina on October 4, 2009 at 11:14 AM said...

Tahniah cikgu Zaki. alhamdulillah berkat kesabaran cikgu dan isteri akhirnya lahir seorang puteri penyeri rumahtangga. yang penting, cikgu zaki hendaklah sama-sama membantu isteri membesar dan mendidik ♥ QISTINA BALKIS ♥.

Floral Cakes on October 4, 2009 at 11:16 AM said...

Tahniah diucapkan, semoga lebih bahagia dgn kehadiran cahaya mata.

KM7 on October 4, 2009 at 11:29 AM said...

tahniah....cahaya mata adalah anugerahNya yang amat berharga.Jaga dan didiklah menjadi insan berguna.

hentian on October 4, 2009 at 12:53 PM said...

tahniah. ramaikan umat islam yg komited menegakkan kebenaran.

Ben Sedqi on October 4, 2009 at 1:56 PM said...

tahniah diucapkan kepada cikgu zaki....8 tahun, lama tu....nasib baik la rezeki saya murah, syukur....alhamdulillah

MaizaC'Joe on October 4, 2009 at 3:17 PM said...

Salam cikgu

ha... sy ada tengok news nie... la.. tak sangka kwn cikgu ekk... Alhamdulillah akhirnya Allah memberi rezki kepada kwn cikgu juga.. Tahniah dr saya... seronok tengok orang timang anak.. sy blom lg di beri keizinan ke arah tue..

Rezki syawal thn nie.. Alhamdulillah...

j-QAF SK SULAIMAN on October 4, 2009 at 4:32 PM said...

Nie memang la kawan cikgu sebab satu sekolah kan...
Apapun Tq kepada blogger yang beri komen nie..Kalau cikgu Zaki baca mesti punya nie..Hehehe.

wan syamilah on October 4, 2009 at 5:34 PM said...

salam perkenalan...Tahniah diatas kelahiran anak yg pertama....pasti lebih bahagia bila dh ada cahayamata... :-)

Fyza Roselle on October 4, 2009 at 6:04 PM said...

salam, tahniah ea da dpt chaya mata ;)

Bulan Dilangit Osaka Biru on October 4, 2009 at 7:49 PM said...

bestt nye dapat baby...

nessa syahirah on October 4, 2009 at 9:18 PM said...

Semoga Soleh anaknya.

Tahniah cikgu zaki.

Amani on October 4, 2009 at 11:03 PM said...

Tahniah....alamilah pengalaman menjaga anak...tentunya akan menjadi kenangan yang manis dan pasti akan tersenyum

CikYana(",) on October 4, 2009 at 11:59 PM said...

tahniah cikgu zaki dan isteri

Anonymous said...

alhamdulillah..anak anugerah allah..xkira bagaimana cara dia lahir..bimbinglah dgn baek smoga mnjadi manusia berguna dunia akirat..

Ahmad Zulfadhli Zulkefli on October 5, 2009 at 8:27 AM said...

Syabas Cikgu Zaki... =)

ALoNa CintamaniszLite on October 5, 2009 at 11:20 AM said...

Ooo..cikgu SK Sulaiman ler ni ye? Tahniah kat dia.

Tp..senang lak dia dpt bantuan ni ye. Pasal selalunya TAFF mensyaratkan psgn yg telah berkahwin lebih dari 10 tahun aje yg layak memohon. Apa2 pun..semuanya rezeki. Sape laa kita nak menidakkannya, ye..

Para Ustaz SK Sleme on October 5, 2009 at 2:22 PM said...

Tahniah Mat Jaki.
Usoho lagi.
Biar rama jadi umat muhammad deh...

ochea14 on October 5, 2009 at 5:36 PM said...

Weh admin...ko kawe tak nak ucap tahniah ko?

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template