Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Saturday, October 17, 2009

SUDAH SAMPAI MASA JAWI DI'MATAPELAJARANKAN'




Terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha untuk memperkasa
kan Pendidikan Islam khususnya semenjak j-QAF diperkenalkan.

Namun satu harapan dari kami para pendidik, ia perlu diperkasakan lagi.

Pendidikan Islam di sekolah rendah diperuntukkan 6 waktu seminggu (3 jam). Dalam enam waktu itulah kami terpaksa menyumbat kantong pelajar dengan ilmu-ilmu Islam yang sangat luas.

Di dalam matapelajaran Pendidikan Islam itu ada beberapa ilmu besar yang biasanya dikaji di dalam fakulti yang berasingan. Di dalamnya ada Tilawah Al Quran, ada Sirah, ada Adab dan Akhlak, ada Jawi dan ada Ulum Syariah. Di dalam Ulum itu pula ada ilmu-ilmu yang agong yang dahulunya kita kenali sebagai ilmu Fiqh (Feqah) dan ilmu Tauhid.

Betapa luasnya ruang ilmu ini dan betapa terbatasnya ruang waktu yang ada menjadikan guru-guru agama dalam dilema dan sedih. Dilema, kerana tak tahu mana priority yang perlu diutamakan dengan tidak meninggalkan yang lain yang juga sangat penting. Sedih, kerana murid tidak dapat menguasai satu-satu bidang dengan mendalam.
Jawi pula, ia satu bidang ilmu menulis dan membaca. Kini ia dianggap satu elemen daripada pelajaran agama Islam. Masa yang diperuntukkan hanyalah 1 masa (30 minit) seminggu bagi tahun 1 dan 2 masa (60 minit) bagi tahun 2-6. Bayangkan seminggu hanya sekali sahaja murid bertemu dengan elemen jawi dalam Pendidikan Islam.

Sepatutnya ia tidak dimasukkan dalam matapelajaran agama. Ia seharusnya diajar di dalam matapelajaran BM. Tulisan inilah yang menjadi identiti Bahasa Melayu suatu waktu dahulu.

Atau boleh juga (dan lebih afdhalnya) ia dijadikan satu matapelajaran berasingan. Murid akan dapat lebih fokus. Ruang belajar jawi jadi lebih luas. Matapelajaran agama juga akan jadi lebih efisyen dan kurang berserabut.

Justeru, sudah tiba masinya Jawi dijadikan satu matapelajaran atau di'matapelajarankan.'

Pihak kementerian wajar memikirkan perkara ini. Ini hanyalah komen dan pandangan dari kami. Mungkin pihak Kementerian ada pandangan yang lebih baik. Apa yang penting, mari bersama kita perjuangkan untuk menambah baik dan memperkasa Pendidikan Islam.
Apa pandangan kawan-kawan?


11 comments:

tice on October 17, 2009 at 5:31 PM said...

ALHAMDULILLAH ....Bersyukur kita kepada Illahi kerana telah memakbulkan DOAs hamba-hambaNYA yang DAHAGAKAN ilmus AGAMA..

Semoga pemantopan program j-QAF ini dapat dibuat/diimplement dari sudut yang ustaz ADMIn sebut tuu...dijadikan berasingan subjek JAWI dari P.I. mace dimasukkan dalam BM time ummi skul masa kecik-kecik dulu..(tahun 60an)

Harap tidak dilupakan jugak subjek arabic sepertimana yg diwar-warkan 1 masa dulu utk ditambah dari 2 ke 5 masa..

TASMIK jugak diselaraskan untuk semua skul di seluruh negara...(mengikut tahap)serta melibatkan semua guru beragama Islam( tak kira Option)yang berKOMITMEN...

Insya-ALLAH program ini akan berjaya memperlengkapkan pelajar skul rendah dan menengah ILMUs yang dituntut untuk dipelajari..serta menghayati dan mengamalkannya..

Muallim Adham on October 17, 2009 at 6:41 PM said...

salam..
mmg betul.. kawe sokong sgt.. semua pihak msti sokong dan memartabatkan jawi semula

Finaz on October 17, 2009 at 8:24 PM said...

sangat setuju! Masalah buta jawi ni bukan hanya pada kanak-kanak sekarang je tapi most parents pun memang dah buta jawi sebab sistem mata pelajaran di Malaysia.

Sayangnya pemimpin selalu kata M'sia sebuah ngr Islam tapi rakyat buta jawi. (huruf tak kenal saya wonder macamner nak minat baca artikel jawi sekaligus ayat2 AlQuran.)

So betullah kata penulis kena ubah sekarang. Saya syorkan kpd PIBG atau mana-mana Badan Berwajib gerakkan Menteri Pelajaran M'sia agar jadikan JAWI sbg satu matapelajaran dan juga sebagai subjek TERAS bukan elektif. Kang kalau tak detail dengan diaorg ni kang dia buat subjek tu sbg elektif jer. suka amik tak suka tak amik...

izakhairi on October 18, 2009 at 12:59 AM said...

Salam.
Kita tak mahu di kemudian hari nanti, anak2 kita tak tau nak baca jawi... ini sesuatu yang merugikan. Semoga menjadi kenyataan.

Anonymous said...

Salam,saya sebagai student merasakan kemahiran jawi ni memang penting

Anonymous said...

jawi penting.....
teman setuju....
tahniah kepada geng2 jqaf yang teman nampak, tak jemu2 ngajor murid2.......

jambuberhias on October 19, 2009 at 12:44 PM said...

salam...semoga dengan terlaksananya harapan kita di atas,xdelah yg komen mcm2 lg pd guru agama..

ALoNa CintamaniszLite on October 20, 2009 at 9:49 PM said...

mmg nampak mcm tak dimatapelajarankan tp masa exam ada kan subjek pendidikan jawi dan subjek pendidikan agama islam. Dan yg penting..kalo hari anugerah mesti ada hadiah matapelajaran pendidikan jawi terbaik dan pendidikan agama islam terbaik disediakan.

Floral Cakes on October 22, 2009 at 11:21 AM said...

salam
saya sokong 100%

Kak Ema said...

To CINTAMANISZ Lite: Itulah masalahnya, pelajaran yang tak dimatapelajarankan, tapi diexamkan. Patutnya belajar tu yang lebih penting, bukannya exam...

Boleh ngat kalu nak tambah matapelajaran. Nak dgn tak nak je. Teman cadang tambah lagi matapelajaran:
1. Tulisan Jawi
2. Aqidah (terpenting)
3. Feqah
4. B.Arab (dah ada)

Kemudian ubah mata pelajaran sains jadi sains Al Quran ke mende ke... Muzik tu campak je dlm sg pahang.

Anonymous said...

Assaamualaikum..
Kadar tidak menguasai jawi di sekolah rendah adalah sekitar 30%.Punca utama adalah dari silibus itu sendiri. Ini disebabkan orang yang terlibat dalam membuat silibus itu adalah orang yang tidak cemerlang dalam P&P.Contohnya ada yang terlibat baru 3 tahun mngajar ( sekurang-kurangnya 2 orang dari 7 orang) Dalam sukatan, ada tertinggal 16 topik yang diabaikan. Dalam ujian pengesanan yang dijalankan guru juga kurang mahir dalam jawi .Hasil ujian pengesanan tersebut adalah seperti berikut.
Kadar penguasaan guru:
1.Sekolah rendah - 85% - 95%
2.Sekolah Menengah - 70% - 85%
3.Sekolah Tahfiz/mahaad - 60% - 70%

Sikap PPD,JPN, dan KPM sendiri yang tidak bersungguh-sungguh menangani masaalah ini.Dahlah jahil sombong pula tu. Suka memandang rendah inovatif guru, memperlekaehkan guru menjadi darah daging mereka tanpa mahu turun melihat sendiri hasinya. Saya sendiri mencipta satu kaedah WUJUDI yang paling cepat..lebih cepat dan berkesan 5/6 kali ganda lebih baik dari KPM. Kelas yang diajar (contoh Tahun 2 dari 25 orang peperikksaan akhir tahun).A 90-100 19 orang, A 80% 2 orang, B 3 orang dan C hanya dua orang tapi markah tak setabil markahnya sekitar 56% - 65% sebab selalu tak hadir. 2. Murid PRA 25 otang (2011) hanya 2 bulan boleh membaca jawi.( Tahun ini dicipta satu kaedah baru untuk PRA taget masa 1 bulan boleh membaca jawi 99% optimis berjaya. Pelajar UPSI 11 orang gagal 2 kali gagal berjumlah 11 orang ( warisan Jawi di bawah Fakulti bahasa)
Bila diajar mengikut kaedah ini A= 6 orang, B=4 orang dan C=1 orang. Prof Buhari Lubis puji kaedah ini tapi PPD, JPN dan KPM (BPI) memandang rendah..tapi bukan BPI berminat dengan kaedah ini. habis macamana nak buat dah orang yang sepatutnya betulkan keadaan pejamkan mata je..12.12.2011 dulu saya dah bentangkan kertas kerja bertajuk PENGAJARAN JAWI DI SEKOLAH RENDAH : SATU PENILAIAN anjuran UPSI dan Perpustakaan Negara Malaysia Kuala Lumpur..dan hasil pembentangan akan di hantar akan dihantar ke KPM dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri..kita tengoklah 2 tahun lagi bergerak tak..kalau ini tak dipedulikan kau orang jangan haraplah nak tegur jauh sekali nak betulkan..yang penting kalau kau orang nak majukan sekolah / murid buatlah inisiatif sendiri ..usahalah..SELAMAT MAJU JAYA..kalau berminat sila ke FB saya ujud sindut atau email wujudi444@gmail.com atau tel;o125522344..wassalam.
Faktor lain adalah adealah guru itu sendiri.Kebanyakan guru hanya

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template