Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Thursday, October 22, 2009

Merentas Desa Sk Sulaiman...Penatnya Lari...


22 Oktober 2009- Sememangnya Sk Sulaiman sentiasa penuh dengan aktiviti-aktiviti dan program-program yang telah dicadangkan..Kali ini pula aktiviti MERENTAS DESA pula..Penglibatan murid amat memberangsangkan..Program Merentas Desa ini terbuka kepada tahun 4,5 dan 6...

Sepertimana yang telah dirancangkan..Program ini bermula pada pukul 3.30petang..Akan tetapi terpaksa ditunda kepada pukul 4.00 petang kerana masalah cuaca (Hujan..Tapi tak lebat mana pun la).Walaubagaimanapun, program ini berjalan dengan lancar dan tiada berlaku sebarang musibah..Aktiviti ini juga bekerjasama dengan pihak POLIS TRAFIK Daerah Bentong bagi mengawal lalu lintas manakala AJK Peronda Sk Sulaiman juga terlibat dalam pengawasan murid. Guru-guru lain pula juga terlibat..Ada yang diberi tugas untuk menjaga "check point",hakim penamat dan macam-macam lagi la tugas..

Tidak ketinggalan juga GPK Pentadbiran, Encik Wan Mahasan selaku pelepas untuk Program Merentas Desa ini..Dengan adanya program seperti ini, kita juga dapat merapatkan sillaturrahim antara guru dan murid, dapat menyihatkan tubuh badan kita..Mari kita tengok antara gambar-gambar yang sempat di Snap oleh Great Bandito.





P/s: Teringat Masa Zaman Sekolah Dulu..Semput betul berlari..
Kepada Blogger yang baca jangan lupa tinggalkan komen..Salam..

10 comments:

Nine on October 22, 2009 at 11:23 PM said...

Salam ...

aktiviti yang baik untuk sekolah cikgu..

:]]

Zayani Zulkiffli on October 22, 2009 at 11:36 PM said...

wa..bestnye mrentas desa..

Cikgu Aisyah... on October 23, 2009 at 3:35 AM said...

Salam... Wahhh bestnyaaa merentas desa... ingat plak masa kecil2 dulu masuk kampung merentas desa siap berenang lagi di kwsan yg dinaiki air (banjir) hehe... Apa pun.. bagus le SK Sulaiman anjur aktiviti mcm nie...ada penglibatan semua guru dan pelajar..saya ada cadangan skit.. di setiap Chek point tu, apa kata tambahkan aktiviti seperti (bg info kesihatan / islamic pula minta pelajar selawat or mengucap/ kerjaya pula kenali semua jenis pekerjaan) ia sebagai hiburan untuk pelajar beraktiviti....tq..maaf jika ada tersilap bicara..

CT Delima on October 23, 2009 at 7:58 AM said...

salam....saya suka melihat anak2 murid yang sihat dan cerdas.tahniah kepada cikgu kerana berjaya menubuhkan xtvt seperti ini.rasa macam nak lari sama hehehe(teringat zaman sekolah dulu)

ALoNa CintamaniszLite on October 23, 2009 at 9:10 AM said...

Badan cergas otak cerdas....

Mmg sokong aktiviti sekolah cenggini. Cuma skang ni...budak2 yg bersekolah kat bandar mmg tak dpt ler nak merentas DESA yg sebenarnya..

Masa akak sekolah vokay Bentong dulu...penah ler rasa merentas desa yg mencabar, hehe.. Keluar dari gate skool tu..lari keluar ke hiway karak...pastu masuk kebun getah cina, masuk sungai Bentong tu...keluar dari sungai lalu kebun getah cina lagi, lalu umah orang...baru masuk kawasan sekolah, lari keliling padang..baru tamat. Apa yg membanggakan, akak ler pelajar perempuan form4 yg sampai situ!!!! yahuuu...(walaupun tak dpt no. 1 sebab takde kategori utk form4 pun...dikira kategori lelaki dan pempuan je, ngeh2)...
Tp yg kelakarnya..pasal akak ni renek orgnya..masuk sungai Bentong tu...orang lain paras lutut je..tapi akak paras pinggang dek. Abes ler basah...lagi berat ler akak nak lari lepas2 kuar sungai tu, hahaha...

H.R PuTeRa YuSoFF on October 23, 2009 at 9:28 AM said...

merentas desa..
masa skolah dulu jai merentas desa sambil menikmati pemandangan ala

ochea14 on October 23, 2009 at 9:35 AM said...

Baguih..baguih sekolah hangpa buat aktiviti merentas desa ni. Cuma mushkil sikit la aku, sekolah hangpa ni merentas desa ke merentas bandar

Floral Cakes on October 23, 2009 at 10:39 AM said...

Memang seronok acara merentas desa ni, walaupn letih tp seronok, teringat masa zaman sekolah dulu, ada sekumpulan murid, bila dpn cikgu bkn main bersemangat lagi,bila dh keletihan dan nampak cikgu pun dh makin jauh di dpn,mula la cari jln shortcut..hehe,akhirnya tertangkap juga sebab sampai dulu dari cikgu tu sedangkan cikgu tu naik motor..group kami la tu...ngeee..walau apapun acara ni memang bessst...

Seri Bahasa on October 23, 2009 at 6:18 PM said...

bestt la..nie ingat dulu2. tp nie nampak mcm kat jalan raya aje hehehe.

jqafskss on October 23, 2009 at 10:25 PM said...

tahniah coz dapat adakan xtvt yg best mcm ni.....tahun ni kami x sempat nak wat

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template