Bas Sekolah tersebut yang kebiasaannya dinaiki oleh murid-murid sekolah termasuklah murid-murid dari SK Sulaiman, Bentong (sekolah kami la tu..)
Kejadian berlaku seawal jam 7.00 pagi.Kemalangan tersebut menyebabkan jalan menjadi sesak.Pagi tu saya sampai kesekolah, cikgu kat sekolah yang kebetulan melalui jalan tersebut mengatakan berlaku kemalangan..Perkara tersebut telah sampai ke Guru Besar. Semasa perhimpunan bermula Cikgu Fendi ajak saya pergi meninjau ke tempat kejadian atas arahan Guru Besar. Apalagi..Kami pun pergi la RUNNER dengan motorsikal EX5 power tu. Kebetulan pula masa tu bawa camera..Sesampainya di tempat kejadian..Cikgu Fendi memulakan sesi menangkap gambar untuk menggantikan SINAR HARIAN yang masih belum tiba.
Pemandu kereta KELISA meninggal di tempat kejadian. Mengikut kata polis yang mengawal kesesakan lalulintas ditempat kejadian. Mangsa yang meninggal adalah orang Cina dari Perting, Bentong.Murid-murid yang berada dalam Bas Sekolah tersebut tidak kelihatan ketika kami sampai. Kesemuanya telah menaiki bas sekolah yang baru tiba bagi mengelakkan mereka semua lewat untuk hadir ke sekolah.
Selepas itu, kami pergi ke hospital bagi memastikan samada murid Sk Sulaiman ada menerima rawatan atau tidak.Cikgu Fendi masuk..Pastu dia keluar balik..Cik Fendi kata murid kita tak ada dalam hospital..Ini bermakna semua murid Sk Sulaiman dan murid-murid sekolah lain selamat..Alhamdulillah..Syukur kepada Allah..
Peranan yang dimainkan oleh Guru Besar SK Sulaiman amatlah kami hargai bagi memastikan semua muridnya sentiasa dalam keadaan selamat.Inilah sikap yang perlu ada pada semua orang..Walaupun bukan anak kita sendiri tetapi sikap tanggungjawab dan prihatin kita sesama amatlah penting..
P/s: Berhati-hatilah di jalanraya..
Ingatlah Orang Tersayang
19 comments:
syukur!
nyawa kanak2 semua tu masih panjang.. alhamdulillah...
Syukur alhamdulillah,
Tindakkan guru besar dan guru2 sk sulaiman yang mengambil berat tentang keselamatan murid-murid sekolah tersebut memang patut dihargai..TAHNIAH KEPADA GURU-GURU SK SULAIMAN.Alhamdulillah semua murid selamat.
Pasti meninggalkan trauma.... Alhamdulillah, kanak2 masih diberi peluang untuk melihat dunia..
Sepatutnya di kawasan berhampiran sekolah harus diketatkan lagi undang2 sedia ada utk mengelakkan perkara sama berulang..
menakutkan....
syukur mereka selamat..syukur alhamdulillah..
Cikgu..leh tau..kat area mana xcident ni ek?? kat jalan tras batu 1 tu ke?
Syukur le budak2 selamat. Ni cikgu mesti dgr citer2 kat situ..sape yg nak diikutkan salah ni..bas ke kelisa tu?
Kat kat batu satu la..kat area Lemang Tok Ki..
Tak tau la salah saper...sebab jalan tu double line..Bas masih di jalan yang betul..
Salam takzim pada kamu dan cekgu2 semalaya dari kami http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/
kemalangan berlaku tak disangka... apepun kita sebagai manusia selalu leka
tahniah pada cekgu-cekgu tindakkan pantas dan berdedikasi diucapkan terima kasih.. eeeemmm pengorbanan dan peranan yang di ambil menjadi contoh betapa seorang bukan sahaja setakat mengajar tetapi menjaga keselamatan anak murid.. terima kasih atas usaha yang anda semua lakukan... mujur murid-murid tak ade ape-ape yang berlaku ye
Syukur alhamdulillah :)
ambil ni sbgai peringatan utk berhati2 semasa memandu.
ishh ngeri tol la
berhati-hati la semasa memanduu...
Beberapa jalan menuju ke pahang bahaya.Sentiasa berwaspada...
Takziah kpd keluarga mangsa..
baguslar... semua selmat... apa puncanya ni??
Huhuhu..nasib baik semua murid2 selamat kan..kalo tak dah jadi satu masalah yang timbul yang perlu diselesaikan bersama ibu bapa...
uih.....
memang mujor murid2 tuan semuanya selamat.....
apepon..... sama2 le kita jaga keselamatan....
terutama bila waktu pulang sekolah.....
banyak2 besabor....
Salam cikgu.. Alhamdulillah murid2 cikgu selamat.. uiks.. teruk juga kemalangan tu yer..
inilah yang sepatutnya diteladani oleh guru-guru di malaysia. memberi sepenuh perhatian terhadap keselamatan murid-murid dibawah jagaan mereka. dengan cara ini juga boleh memberi kesan yang positif di antara para guru dengan ibubapa serta murid-murid. tahniah di atas keperhatinan guru besar sk sulaiman.
Post a Comment