Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Saturday, October 3, 2009

Majlis Khatam Al-quran,Ceramah Nuzul Al-quran & Penyampaian Sumbangan kepada Anak Yatim


Pada 15 September 2009 baru-baru ini Sk Sulaiman telah mengadakan Majlis Khatam Al-quran, Ceramah Nuzul Al-quran dan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak Yatim. Majlis ini dijalankan pada hari yang sama yang bermula bermula pada pukul 8.40 pagi hinggalah berakhir pada pukul 11.40 pagi.

Program bermula dengan ceramah Nuzul Al-quran yang disampaikan oleh Ustaz Aris Hazlan.Ceramah yang mantob membuatkan semua murid daripada tahun 1-6 begitu khusyuk mendengarnya.Isi yang disampaikan pula bersesuaian dengan murid untu memahaminya.

Majlis Khatam Al-quran ini diketuai oleh Ustaz Shaiful Jazlan bin Md Japlus.Manakala murid yang terlibat dalam Majlis Khatam Al-quran ini adalah terdiri daripada murid Tahun 6.Majlis Khatam Al-quran ini berjalan dengan lancar dimana kawalan murid-murid yang lain dapat dikawal dengan baik.

Setelah selesai sahaja Majlis Khatam Al-quran, penyampaian sumbangan kepada anak-anak Yatim diteruskan.Sumbangan disampaikan oleh Tuan Guru Besar Sk Sulaiman, En. Azor bin Yusof.Ini merupakan bantuan kepada anak-anak Yatim bagi membantu mereka menyambut Syawal yang bakal tiba.

Majlis diteruskan pula dengan penyampaian Cenderehati kepada murid-murid Tahun 6 dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan Majlis pada hari tersebut..Semoga Allah memberkati usaha kita ini...

CERAMAH NUZUL AL-QURAN

MAJLIS KHATAM AL-QURAN






PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA MURID TAHUN 6

4 comments:

ain fathihah fhm on October 4, 2009 at 7:28 PM said...

bila tgk2 gambar ni,
rindu pulak zaman sekolah.

Floral Cakes on October 5, 2009 at 9:00 AM said...

sedih bila tengok gamba anak-anak yatim sebab kite pun kira yatim gak ni, dah takda ayah... huhu...

ALoNa CintamaniszLite on October 5, 2009 at 11:18 AM said...

Mmg bagus semua sekolah wat xtvt cenggini.

Mana budak2 yg masih tak khatam quran tu..terasa ler berkobar2 nak khatam gak. Ini tak..time ngaji..ngantuk aje. Org kata..iblis dok gayut kat bulu mata tu ye, hehe..

tice on October 7, 2009 at 12:09 PM said...

Tahniah kepada PENGANJUR serta AJKs dan paserta khatam al-Quran yang terlibat...Senantiasalah diRAHMATI ALLAH segala usaha-usaha yang murni itu..

UstazADMIN!Biler pulok nak buat majlis khatam IQRA'?Saja tanya jer

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template