Dalam hal ini, Islam bukan agama yang jumud atau kaku, tetapi sangat fleksibel dalam menyesuaikan kebenaran dan nilai hidup yang baik.
Firman Allah bermaksud: Perkara yang benar adalah yang datang daripada Tuhanmu, Maka jangan sekali-kali kamu menjadi orang yang ragu.
(Surah Ali Imran, ayat 60)Dalil keharusan berekreasi.Dalam perkara ini Allah berfirman bermaksud: Dan sediakanlah persiapan bagi kamu terhadap apa yang kamu mampu (untuk menentang penceroboh) dari sebarang bentuk kekuatan dan dari pasukan berkuda yang mana dengan kekuatan itu kamu akan mampu menggerunkan musuh Allah dan juga musuh kamu serta musuh yang lain selain daripada mereka yang kamu tidak mengetahui, sedangkan Allah mengetahui mereka...
(Surah al-Anfal, ayat 60)Dalam sebuah hadis diterangkan nasihat Rasulullah SAW kepada Abdullah bin Amr bin Al-As bermaksud: Wahai Abdullah bin Amr! Sesungguhnya ke atas kamu hak untuk Allah dan ke atas kamu hak untuk tubuh kamu, dan ke atas kamu hak untuk keluarga kamu. Maka berilah hak kepada yang miliki hak itu.
Bentuk rekreasi Menikmati keindahan seni suara melalui pembacaan atau pendengaran:
i. Membaca dan mendengar al-Quran: Hadis daripada Uqbah bin Amr yang bermaksud: Pelajarlah al-Quran dan lagukan bacaannya serta nyaringkan suara.
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Mohamad bin Ibrahim At-Taimi bermaksud:
Membaca atau mendengar selawat kepada Rasulullah.
Mendendang atau mendengar qasidah dan nasyid.
Membaca atau mendengar cerita nasihat seperti novel dan sebagainya.
Firman Allah bermaksud: Kami menceritakan kepada kamu (Muhammad) sebaik-baik cerita dengan jalan kami wahyukan kepadamu al-Quran ini...
(Surah Yusuf, ayat 3)ii. Melapangkan fikiran dan menghilangkan tekanan seperti beristirahat dan melancong.
Firman Allah bermaksud: Pergilah berjalan (mengembang) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah.
(Surah al-An-am, ayat 11)iii. Memulih dan menyegarkan penglihatan seperti bersiar-siar dalam taman yang menghijau.
Hadis hasan dalam Kitab al-Makasid bermaksud: Tiga perkara yang menyenangkan pemandangan: Melihat benda yang hijau, dan melihat kepada air yang mengalir dan melihat kepada wajah yang baik.
iv. Mengembali dan menyegarkan kesihatan tubuh menerusi pergerakan tubuh seperti riadah.
Lumba lari:Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud daripada Saidatina Aisyah bermaksud: Bahawa Saidatina Siti Aisyah telah berkata: Rasulullah berlumba lari dengan aku dan aku telah mendahuluinya. Tidak berapa lama sesudah itu, aku pun menjadi gemuk maka Rasulullah mengajak aku berlumba lari lagi, lalu Rasulullah telah mendahului aku, lalu Rasulullah bersabda: Ini ganti dulu (yakni satu kali kalah dan satu kali menang).
Menunggang kuda:Saidina Umar bin al-Khatab berkata kepada gabenornya: Maka ajarkan anak kamu berenang, dan memanah dan lalu di hadapan mereka lalu mereka melompat ke atas belakang kuda dengan lompatan yang baik.
Berenang:
Empat perkara zahirnya seperti sia-sia tetapi ia sunat untuk dikerjakan sebagaimana seperti hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani dengan sandaran yang baik bermaksud: Sabda Rasulullah : Setiap sesuatu yang bukan daripada mengingati Allah adalah sia-sia atau lalai kecuali empat perkara: Perjalanan seseorang di antara dua tujuan (untuk memanah), dan melatih kudanya, bergurau dengan keluarga dan mengajar orang berenang.

Memanah:Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bermaksud: Sabda Rasulullah: Lemparlah kamu (memanah) dan aku bersama kamu semua memanah.
Memburu dan memancing:
Firman Allah bermaksud: Dihalalkan bagi kamu buruan laut dan makanannya sebagai kesenangan bagi kamu, dan bagi orang yang dalam perjalanan, dan diharamkan atas kamu buruan darat selama mana kamu dalam berihram...
(Surah al-Maidah, ayat 96)Fiman Allah bermaksud: ...Dialah (Allah) yang telah menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya...
(Surah Hud, ayat 61)Kegiatan ternakan:Firman Allah bermaksud: Dan di antara binatang-binatang ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan disembelih...
(Surah al-An-am, ayat 142)

Ketenangan dan kepuasan melalui seni khat, ukir dan bina:Sabda Rasulullah bermaksud: Sesungguhnya Allah itu indah (sifatnya), sukakan kepada keindahan.
Fakta: Syarat dan kaedah keharusan berekreasi dalam Islam
1. Niat berekreasi kerana Allah.
2. Tiada unsur yang bercanggah dengan akidah seperti syirik, kufur dan nifak.
3. Tidak bercanggah dengan syariat Islam iaitu haram dan syubahat.
4. Menutup aurat.
5. Sentiasa menjaga adab pergaulan.
6. Tiada unsur perjudian atau pertaruhan.
7. Tidak berlaku pembaziran.
8. Tiada unsur pergaduhan atau permusuhan.
9. Tiada unsur kemudaratan
PETIKAN kertas kerja Bentuk dan Kaedah Rekreasi Menurut Al-Quran dan Sunnah oleh Mufti Johor, Datuk Noh Gadot.